Muaythai Fit Warrior
Zon Tengah (Selangor) 2hb-4hb Mac 2012
Zon Utara (Perak) 9hb-11hb Mac 2012
Zon Sabah (Hanya untuk penduduk Sabah dan Labuan) 16hb-18hb Mac 2012
Zon Sarawak (Hanya untuk penduduk Sarawak)
23hb-25hb Mac 2012
Zon Selatan (Negri Sembilan)
6hb-8hb April 2012
Zon Pantai Timur (Kelantan)
20hb-22hb April 2012
Peringkat Kebangsaan (Putrajaya)
Kejohanan Muaythai Fit Warrior akan bermula mengikut tarikh diatas.
Kejohanan ini dibuat bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak
pernah berlawan ataupun peninju peninju baru untuk beradu dengan semua
mengikut undang undang muaythai amatur dan adalah diantara usaha PMM dan
Kerajaan untuk mencungkil bakat bakat muaythai baru diperingkat akar
umbi. Mereka yang berminat bolehlah menghantar nama melalui Persatuan
Negeri masing masing dan sekiranya tidak dapat menghubungi negeri
bolehlah hubungi PMM terus di pmtmhq@gmail.com atau no telefon
0192460008. Juara dan naik juara peringkat negeri akan mewakili zon
masing masing dikejohanan muaythai kebangsaan pada 25-26hb Mei 2012.
Johan diperingkat negeri akan menerima insentif dari Kementerian
sebanyak RM 1500, Naib Johan RM 1000, Ketiga RM 700 dan Keempat RM 500.
Peninju dan negeri boleh mula menyiapkan atlit masing masing.
25hb-26hb Mei 2012 Perlawanan pertama bag Liga Muaythai Pro Malaysia musim 2012 akan bermula pada 27hb Mei 2012 di Putrajaya.
KURSUS PENGADIL DAN JURI MUAYTHAI KEBANGSAAN KELAS (B) serta latihan praktikal di Kejohanan Muaythai Fit Warrior.
Tarikh : 1 Mac 2012 hingga 4 Mac, 2012 (Jumaat – Ahad)
Masa : Pendaftaran 8pm-10pm (Khamis),
Tempat : Lokasi Kejohanan Muaythai Fit Warrior Zon Tengah (Selangor) Sunway Pyramid
Pakaian : Kasual /pakaian sukan/kasut jogging
Harga Kursus:
RM 450 Harga Kursus bagi (3) wakil yang dihantar dari setiap negeri akan diberi subsidi dan hanya perlu membayar RM 350. Sekiranya negeri ingin menghantar lebih dari 3 perlulah membayar RM 450 bagi tambahan wakil
RM 450 Harga Kursus bagi (3) wakil yang dihantar dari setiap negeri akan diberi subsidi dan hanya perlu membayar RM 350. Sekiranya negeri ingin menghantar lebih dari 3 perlulah membayar RM 450 bagi tambahan wakil
Harga kursus termasuk : - Sijil Pengadil/Juri dan Kad Pengadil/Juri Kebangsaan –Kelas B (PMM/IFMA) - Satu set uniform Pengadil Kebangsaan - Penginapan dan serta makan minum disediakan
Pengendali Kursus :
- Ajarn Somchai / Ajarn Paiboon (WMC/IFMA Bangkok)
- Kru Yai Stephan Fox (Bangkok)
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Terbuka kepada semua Persatuan Muaythai Negeri yang berminat untuk menghantar wakil.
2. Warganegara Malaysia.
3. Mempunyai pengetahuan asas dalam sukan Muaythai.
4. Sihat tubuh badan.
5. Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas pada 1 Januari 2012.
6. Boleh membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik. Kemahiran di dalam bahasa lain adalah satu bonus.
7. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak pernah dipenjarakan di bawah undang-undang negara Malaysia dan mana-mana negara.
8. Tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pertubuhan/kumpulan yang diharamkan oleh Kerajaan Malaysia.
9. Pihak Persatuan Muaythai Malaysia mempunyai hak untuk menyemak nama peserta dengan mana-mana pihak berkuasa yang terlibat untuk pengesahan bagi perkara-perkara yang di nyatakan dalam no.7 dan no. 8.
DOKUMEN YANG WAJIB DISERTAKAN
1. Dua (2) salinan Kad Pengenalan .
2. Dua (2) keping gambar berukuran Passport dan Satu (1) berukuran lessen memandu
3. Surat sokongan rasmi bagi penyertaan kursus oleh Persatuan Muaythai Negeri / Daerah / Kelab ( mana-mana yang tertinggi bagi setiap negeri )
4. Sebarang surat sokongan daripada mana-mana jabatan/agensi kerajaan, badan berkanun, badan bebas, mana-mana individu atau apa-apa sahaja SELAIN daripada Persatuan Muaythai negeri/daerah/kelab TIDAK akan di layan.
Untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti PMM anda boleh menghubungi Persatuan Muaythai /Tomoi negeri masing masing.
Sekiranya mempunyai sebarang masalah untuk menghubungi negeri bolehlah hubungi talian 0173349818 atau email Persatuan Muaythai Malaysia di pmtmhq@gmail.com.



No comments:
Post a Comment